<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2912816174009954084?origin\x3dhttp://whateverpagee.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



I HEAR YOU




Eri Tachibana . 17 . Boleh dengar suara hati orang lain . 

Reiji Yu . 17 . Happy-go-lucky guy . 


merah , suara hati orang




     9 pagi di gymnasium sekolah . Suara pelajar menangis memenuhi segenap ruang gim . Dan aku pun tak ketinggalan .


    “ Habis la , Nao .. Aku tak nak pindah mana – mana . Aku tak nak berpisah dengan kau ,” ujarku sambil menahan sebak . Air mata yang mengalir di biarkan . Biar Nao tahu yang aku tak nak berpisah dengan dia.


    “ Dahlah , Eri . Janganlah menangis .. ,” pujuk Nao sambil menggosok perlahan bahuku . Aku makin berat hati nak pindah .


    “ Eh . Apa kata kita buat perjanjian ? ,”


   Tangisan aku mula reda . Aku memandang Nao di depan dengan pandangan ‘blur’ . Perjanjian apa pulak yang Nao maksudkan ni ?


    Nao seperti paham akan pandanganku . “ Macam ni .. ,”


   Nao menunjukkan jari kelingkinnya . “ Walau kita terpisah macam mana sekali pun , kita tetap kawan karib selamanya ,” terang Nao dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya .


   Aku sudah tersenyum gembira . Jari kelingkin kami berkait .


   Babai , Eri . Aku gembira kau nak pindah . Hehe


   ‘ Eh .. ?,’


   Aku dah lalui banyak masalah sebab berbaik dengan pengecut macam kau . Akhirnya aku dah tak payah jadi bibik kau lagi !


   Aku tepis tangan Nao . Aku memandang Nao yang terkejut dengan tindakan aku tadi .


   “ Eri ? Kenapa tiba – tiba .. ,”


    Aku larikan diri daripada Nao . Degupan jantung aku main laju .


    ‘ T-tadi tu .. apa ? ,’



. . . .



SEBULAN KEMUDIAN



    Aku dah pun berada di sekolah baru . Dalam waktu sebulan tu , macam – macam pelik berlaku dekat aku . Aku tak dapat nak bersentuhan dengan orang .. walaupun sedikit . Kalau tidak , aku akan dapat baca hati mereka .


   Memang teruk bila dapat tahu hati orang lain . Lebih – lebih lagi kalau orang yang kita rapat , rupa – rupanya penipu .


   Jadi , aku buat keputusan untuk menyendirikan diri sendiri daripada orang lain . Itulah jalan terbaik untuk aku dan orang sekeliling aku jugak .


  Biarlah orang anggap aku ni anti-social . Aku sendiri anggap diri aku ni .. pelik .



. . . .



   Semuanya bermula dari sini ..





   “ Ah , aku dapat depan sekali ,”


   “ Yeah ! Aku duduk sebelah kau lah ! ,”


   Kelas bising sebab ada rombakan kedudukan kelas berlaku . Aku melihat kertas aku .


   “ Nombor 18 . Nombor 18 dekat .. ,”


   Mata aku liar mencari tempat duduk aku iaitu nombor 18 .

   “ Eh , jiran aku kali ni Eri rupanya ,” tegur satu suara . Aku mencari tuan punya suara . Tiba – tiba mataku jatuh pada satu imej . Reiji .


   Dari peluang pertemuan .. yang singkat ni .


   Kami saling berpandangan . “ Sila beri tunjuk ajar ya , Eri ,” kata Reiji sambil tersenyum . Di tangannya terdapat sekeping kertas yang bertulis nombor 22 .


   Zaman persekolahan aku berubah habis .


  “ Oh , sekolah lama kau tu sekolah perempuan ,”


  “ Ya .. ,”


   “ Jenis sekolah yang macam mana ya ? Kenapa kau .. pindah pulak ? ,” tanya Reiji . Aku tak dapat nak tumpukan tumpuan membaca buku bila Reiji tanya pasal ‘kenapa aku pindah’ .


    “ Saje .. nak rasa macam mana bersekolah dekat sekolah campur ,” balasku , menyembunyikan sebab sebenar .



. . . .



   “ Eh , tengok tu ,” tegur Jia . Jia menuding jarinya ke arah Eri dan Reiji


   “ Wah . Bertuahnya Eri . Kan bagus kalau aku pun dapat duduk sebelah Reiji ,” ujar Nami dengan pandangan cemburu . Jia dan Nami mengeluh apabila melihat Reiji ketawa bila bercakap dengan Eri .


   “ Apa la yang dia borakkan dengan Eri tu .. ? Jelesnya aku ! ,”


   Tanpa mereka sedari , ada satu lagi sepasang mata sedang memandang ke arah Reiji dan Eri dengan pandangan cemburu . Bibirnya di ketap apabila melihat Reiji begitu rapat dengan Eri .


   “ Menyampah betul budak Eri tu ! ,” bisiknya perlahan tetapi nada berbaur geram .



. . . .



KEESOKAN HARI


   Aku terus ke lokar untuk menukar kasut lepas tukar baju .


  Tapi .. kasut aku dah hilang . Siapa punya kerja ni ..?


   Aku terpaksa pinjam selipar makcik cleaner dan masuk ke kelas .


   “ Eh , Eri la ,”


   “ Kenapa kau masam ni ? Cepat la masuk kelas ,” perli Rika . Dia ketawa apabila melihat selipar yang dipaka olehku . Aku menggenggam erat tali begku sebelum melangkah masuk ke dalam kelas .


   Tiba – tiba , Rika sengaja berlanggar dengan aku . Sikunya bersentuhan dengan lenganku .


   Tengok la !! Selagi aku tak dapat duduk sebelah Reiji kau takkan senang !!


   Langkah aku terhenti dan pandangan aku melekat ke arah Rika yang sedang bercakap dengan kawan – kawannya .


   ‘ Sebelah Reiji ya .. ,’ getus hatiku . Aku menarik nafas sedalam mungkin sebelum berjalan ke arah mejaku .


   Aku letakkan tangan kananku atas dadaku . Mata dipejam erat .


   Walaupun tersentuh sikit pun .. aku dapat dengar ‘kata hati’ seseorang tu .


   “ Eri . Awak sakit ke ? ,” tegur satu suara . Mataku terbuka . Reiji memandang aku dengan pandangan risau . Aku menggelengkan kepala .


   Sebab tu seboleh – bolehnya aku tak nak rapat sangat dengan orang .


   “ Eh , apa dah jadi dengan kasut kau ? ,” tanya Reiji lepas terpandang selipar yang dipakai olehku .


   Aku pandang selipar tu sekali lagi sebelum jawab pertanyaan Reiji . “ Aku lupa bawa ,”


   Reiji ketawa kecil bila terdengar jawapan aku . “ Alaa , kesiannya ,”


   Aku masih memandang Reiji dengan pandangan kosong . Dia membelakangiku .


   “ Weh , ada sesiapa simpan kasut lebih tak ? ,” jerit Reiji . Semua mata memandangnya .


   “ Err .. takp .. ,” belum sempat aku habiskan ayat aku , Reiji dah bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah sekumpulan pelajar perempuan .


   Gigi diketap .


  Reiji ni .. ramah dengan semua orang . Dia akan tolong sesiapa je .


  Kejap je berita tersebar pasal kasut aku tu .


  “ Wah , baik betul Reiji tu ,” kata seorang pelajar perempuan yang berdekatan dengan tempat duduk aku . Dia juga dari tadi tak lepas pandang dari Reiji .


   Tapi aku tak percaya pun . Dalam dunia ni rambut je sama hitam tapi dalam hati takde siapa tau . Sesiapa pun takkan terlepas .. dari niat jahat dalam hati .


   “ Eri . Dah jumpa kasut ! ,” laung Reiji dari satu sudut kelas . Aku memandang Reiji .


   Sebab tu aku tak percayakan sesiapa pun .



. . . .



   “ Eh ? Perempuan yang disukai ? ,”


   “ Yelah . Kau kan baik dengan semua budak perempuan . Mesti ada sorang yang kau suka ,” terang aku sekali lagi bila Reiji macam nampak tak faham dengan soalan aku .


   Reiji mengalihkan pandangannya ke arah lain . Aku boleh tahu yang dia dah ada seseorang dalam hati dia . Aku cuma perlu .. tahu siapa dia .


   Maaf , Reiji . Tapi kalau aku tahu siapa yang kau suka .. aku harap budak tu takkan dipertikai oleh budak perempuan lain . Orang yang tak ada siapa berani cari pasal dengan dia ..


   Tangan aku dah bersedia untuk menyentuh lengan Reiji .


   Aku dengar sekarang .. kata hati kau ..


   Orang yang aku suka .. Haih . Kalau aku bagitahu nanti masalah pulak .. sebab orang yang aku suka tu ialah ..


   Degupan jantung aku semakin laju .


   .. Eri .



. . . .



    Aku masuk ke dalam tandas perempuan sebelum masuk ke kelas .


   “ Ahh . Macam mana ni ? ,” gumamku sendiri . Aku mengetap bibir bila otak aku dah buntu memikirkan ‘masalah kata hati Reiji’ semalam .


  ‘ Kalau budak perempuan kelas aku tahu pasal hal ni .. habis la aku,’ getus hatiku . Aku dah mula risau . Dalam kepala aku , mula terbayang mereka semua buat macam – macam dekat aku sebab hal ni .


  Aku tak nak terlibat masalah remeh macam tu !



. . . .



    Aku berjalan menuju ke lokarku .


   “ Hai . Awalnya kau hari ni ,” tegur satu suara . Aku menoleh ke sebelah kanan . Reiji dan rakannya melambaikan tangan ke arahku . Aku memandang mereka untuk beberapa saat sebelum beg di dalam lokar dicapai dan beredar dari sana .


   “ Eri ,” aku masih dapat dengar Reiji memanggil namaku tetapi aku buat tak peduli .


   Dalam kelas pun sama ..


   Aku focus membaca buku .


  “ Eri . Eri . Eri ,” panggil Reiji . Aku cuba tahan rasa geram dalam diri aku .


  Buku ditutup . Aku memandang Reiji dengan pandangan tajam .


  “ Boleh diam tak ? Bising tahu tak ,” kataku dengan dingin . Aku bangun dari tempatku dan bersedia untuk beredar dari sana .


   Aku dapat dengar beberapa pelajar berbisik tentang aku marah Reiji sebentar tadi .


   Reiji berdiri di depanku . Dia mendekatkan mukanya ke sebelah telinga kananku .


  “ Tapi Eri , aku rasa dari tadi skirt kau dah koyak ,” bisiknya . Aku terkejut lalu menyebabkan buku aku terjatuh dan aku berlanggar dengan meja sendiri lalu terjatuh terduduk .


   Aku tutup tempat yang terkoyak tadi . Darah menyerbu ke muka .


    Reiji ketawa kecil bila tengok aku malu . Aku pula geram . Geram dengan diri sendiri sampai skirt koyak pun tak sedar .


   “ Maaf , maaf . Meh aku tolong ,” ujar Reiji . Dia tolong aku kutip barang aku yang terjatuh . Tiba – tiba bahu kami terlanggar .


   Eri ni clumsy betul . Comel . Buat aku makin suka dekat dia .


  Aku mengeluh .



. . . .



   Kertas kerja yang diminta cikgu di susun . Sambil tu aku fikir macam mana aku nak elakkan Reiji .


  ‘ Macam mana ni ? Tak menjadi pun . Apa aku nak buat ?,’ getus hati kecilku . Aku terfikirkan ‘kata hati’ Reiji bila bahu kami berlanggar semalam .


   Walaupun aku bersikap dingin tapi dia tetap tolong .


   Aku jeling ke arah Reiji yang sedang bercakap dengan beberapa kawannya .


   Entah apa la yang dia suka dekat aku ni . Dah la aku ni tak cantik , berat mulut pulak tu . Banyak sangat kelemahan .


  Kelakar pula bila rasa ada orang suka orang macam aku ni . Aku tersenyum .


   Pelik betul .


 “ Kau dah tersenyum ,” kata Reiji dengan tiba – tiba . Aku memandangnya . Sia tersenyum apabila kami saling berpandangan . Disebabkan malu , cepat – cepat aku alihkan pandangan aku ke tempat lain .


  ‘ Boleh ke aku percaya .. ,’ tanya hatiku .


  Ah ! Aku tak percaya sesiapa pun !!!



. . . .



    Aku berjalan menuju kembali ke kelas .


   Tiba – tiba , Rika dan beberapa rakannya menghalang jalan aku .


   “ Eri , boleh ikut aku kejap ? Ada benda penting aku nak cakap ,”



BILIK STOR



   Rika tolak aku dan menyebabkan aku terjatuh . Kemudian dia menarik kolar baju aku .


   “ Kau ni memang ! Apa perasaan kau dekat Reiji , hah ?! Kalau setakat dapat cakap dan duduk sebelahtu takpe lagi . Ni kau nak melebih – lebih pulak ye ?? ,” kata Rika . Aku dapat rasa yang Rika ni cemburu .


   Cengkaman Rika membuat aku tercekik .


   “ Nanti dulu ! Aku takde perasaan pun dekat Reiji tu la .. ,” balasku walapun payah .


   Tiba – tiba , bayangan Reiji bermain di kepala ku . Aku terkejut .


   Kenapa .. ? Macam mana aku boleh terfikitkan Reiji tadi .. ?


   Kemudian , pintu stor terbuka . Kami semua yang berada di dalam lipat maut ke arah pintu stor .


   Reiji !


   “ Apa korang semua buat dekat sini ? ,”


   “ R-Reiji ! Jangan salah faham . Kitaorang takde buat apa – apa pun . Ni .. ,”


   Belum sempat Rika habiskan ayat dia , Reiji dah pun nampak apa yang sedang berlaku . Aku dan Reiji saling berpandangan .


   “ Eri ? Apa semua ni ?! ,” tanya Reiji dengan kasar . Rika terkejut . Aku pun . Aku tak pernah nampak Reiji marah .


  “ Ugh . Maaf ya , Reiji . Aku cuma nak ajar budak ni je . Ada benda yang Reiji tak tahu pasal budak pelik ni ,” balas Rika . Aku diam .


   “ Budak ni kan .. boleh baca kata hati orang tahu tak ?! Semua orang cakap macam tu ! ,”


   Reiji tidak membalas . Aku memandang lantai .


   “ Oh , sebab tu la kau nak buli dia sesuka hati ? ,” tanya Reiji dengan dingin . Pandanganku beralih ke arah Reiji .


    Reiji ..



   “ Jom , Eri ,” kata Reiji . Dia hulurkan tangannya . Aku sambut tangannya .


   Mana ada manusia boleh baca kata hati orang . Kalau betul wujud orang macam tu tentu rasa tak selesa .


   Aku tepis tangan Reiji bila dapat baca kata hati Reiji .


   Reiji terkejut dengan tindakan aku . Aku memandangnya dengan pandangan .. takut .


  “ Eri .. ?,” panggilnya dengan lembut .


   Aku tak tunggu lama untuk beredar dari sana . Aku berlari keluar dari bilik stor tersebut .


   Reiji menjerit namaku dan ikut aku lari keluar .


  “ Tunggu la . Kenapa ka ni , Eri ?? ,” tanya Reiji . Aku tidak pedulikan pertanyaannya dan teruskan langkahku .


   Tetapi Reiji dapat tangkap tangan aku . “ Eri , berhenti !! ,”


   Aku berbeza dengan diorang tu . Aku takkan layan kau teruk macam diorang !


  Langkah aku berhenti . Reiji menghampiri aku .


   “ Aku berbeza dengan diorang tu .. Aku takkan layan kau teruk macam diorang ,”


  Aku pusing menghadap Reiji yang terkejut . “ Kau ingat aku teka ke ?,” tanyaku dengan dingin .


   “ Apa yang Rika cakap tu betul . Aku .. boleh dengar kata hati seseorang tu walau tersentuh sikit pun ,” ujarku . Reiji terdiam .


    “ Kau nak terima atau tak , aku dah tak peduli . Sikit tersentuh pun aku boleh dengar kata hati seseorang tu ,” sambungku lagi .


   “ .. ,”


   “ Macam mana ? Boleh ke kau .. cintai manusia macam aku ? ,”


   Reiji masih belum lepaskan tanganku .


   “ Boleh ke kau bersama aku walaupun aku boleh dengar semua kata hati kau tu ? ,” tanyaku lagi . Kali ni harap sangat cara ni berkesan . Tolonglah jangan kisah pasal aku lagi !!


   “ Aku .. aku .. ,”


   Dah agak dah .


   Reiji lepaskan tangan aku .


   Dia belakangi aku .


   Entah kenapa aku tak rasa sedih tapi .. lega .



. . . .



   Dah seminggu berlalu .


   Sejak hari tu aku dengan Reiji dah tak bertegur sapa lagi . Tempat duduk aku pun dah bertukar . Lagipun aku tak dapat tengok papan hitam masa duduk belakang sana . Jadi aku tukar tempat dengan budak depan .


    Aku pun dah tak kena kacau denga kumpulan Rika lagi .


   Segalanya jadi seperti yang aku harapkan .


   Tapi ..



. . . . .



    “ Eri , ni buku laporan dan borang pindah kamu . Maaflah cikgu lambat bagi . Sayag betul kamu nak pindah . Borang tu kalau boleh hantar esok . Apa – apa pun hati – hati masa balik nanti ya ? ,”


   “ Baiklah cikgu ,”


   Aku masuk ke dalam kelas . Aku tengok sekeliling .


   Sorang diri dalam kelas .. semestinya akan rasa sunyi .


   Sama la macam aku sekarang ni .


   Tiba – tiba , pintu kelas dibuka . Aku toleh ke pintu . Reiji .


   “ Masih belum balik ? ,”


   “ Ya . Ambil .. borang pindah sekolah ,” balasku .


   Langkah Reiji terhenti . Aku nampak dia jeling aku sekilas sebelum pergi ke tempat duduknya .


  “ Aku tertinggal barang ,” katanya ringkas .


   Lepas ambil barang yang dia tertinggal , Reiji lintas depan aku .


  “ Aku pergi dulu . Bye ,” katanya . Bibir di ketap .


   “ Tu-tunggu !! ,” jeritku . Perlahan – lahan aku menghadapnya . Aku tak berani bertentang mata dengannya .


    “ M-maaf sebab baru – baru ni aku ada cakap benda teruk dekat kau . Lepas tu .. aku nak ucap terima kasih sebab selamatkan aku ,”


   Reiji tidak membalas . Aku pejam mata menahan malu .


   TTAK !


    Aku buka mata . Dia dah tak ada .


   Macam bodoh . Baru sekarang aku nak cakap ..


   Baru sekarang aku rasa ..


   .. aku suka Reiji .


   Tiba – tiba , air mata aku mengalir . Mula – mula setitik kemudian aku tak dapat nak kawal perasaan aku . Lutut aku terasa lemah . Aku melutut .


   Dah agak dah .. aku mesti tak boleh punya . Pasal cinta .


   Memang sunyi .


   Sangat menyakitkan .


   Aku tak nak keseorang lagi .


  “ Kalau aku minta maaf .. kau akan berhenti menangis ? ,” tegur satu suara .


   Aku lipat maut ke arah pintu . Reiji !


  “ A-apa ? ,”


  “ Aku dah cuba balik tapi .. aku tak dapat ,” katanya .
  

  “ Sebenarnya , aku pun masih keliru dan tak tahu macam mana nak cakap . Tapi satu je 
yang aku pasti yang aku .. ,”


   Reiji berdiri di depanku . Dia menghulurkan tangannya .


   “ .. nak menyayangi kau ,”


   Aku terdiam . Reiji masih menunggu respon aku .


   Aku terima huluran tangannya . Tangannya sangat lembut dan hangat . Sama seperti orangnya .


   Aku senyum dengan lebar .


   Reiji menggenggam tangan aku dengan erat .


   Aku sayang kau , Eri .


   Senyuman ikhlas ahkhirnya terukir di bibirku .


  Aku takkan lupa perasaan ni . This beautiful feeling yang dah lama aku tak rasa .





-          THE END      -






Ps : trimas sebab membaca . cerita ni di inspired kan oleh komik Igarashi Kaoru hehe . sooo jangan lupa follow dan sorry kalau ada grammar mistake or typo error . bahasa pun kalau cikai semacam , abaikan -_-

[ korang rock sebab baca bendalah ni !!! hehe >< ]




 
 



Your name, fill in the longest details about you.